Bismillahirrahmanirrahim
Aaarrrggghhhh !! Hatiku menjerit !
sekuat mana pun hatiku menjerit , atau meraung sekalipun
tidak akan sama dgn apa yg terbuku di hatiku .

Suatu hari ,
Allah temukan aku dgn seorang hamba ALLAH
aku dan az ( nama singkatan )
Ukhuwah yg terjalin hanya di muka buku
Lillahi ta'ala !
aku tanya untuk suka-2
"az pergi program 1000jiwa 1 hati ? "
" bila-2 ? "
"31 Dis-1 Jan "
"time tu az dah masuk ma'ahad "
dari situ , aku tanya tentang ma'ahad
aku mula tertarik !
aku tanya lagi dan lagi
dan aku merancang untuk satu sekolah dgn dia
hafaz quran bersama
belajar bersama
dan kami rancang
ingin ke Mesir bersama
indahkan ?
Aku berniat ingin mengajar Bahasa Arab
kepada dia
Meskipun aku x seberapa hebat jika
hendak dibandingkan dgn ustaz dan ustazah

aku bercadang untuk temuduga pada selasa ni
Betul lah kan
Kita hanya mampu merancang
Allah yang berhak untuk menentukan
aku bincang dgn parents
abah ku berbicara
"abah rasa , qila pergi mrsm lah .Kat sana pun ada tahfiz jugak "
"ma'ahad ni tahfiz science . ada aliran agma lagi,mcm yg abah nak"
aku sambung
"ma'ahad ni swasta"
"abah rasa , qilla pergi yg kerajaan punya lah ,
apa-2 kerajaan tanggung . nk keluar negara pun , InsyaALLAH !
senang "

Hatiku merintih saat itu .
abah terus memujuk ku dgn lembut
aku terdiam
aku teringat
Redha ALLAH terletak pada redha ibubapa
ALLAH ! bantulah hambaMu ini
Aku redha ! aku pasrah .
Mungkin itu yang terbaik untuk ku .
Aku bagi tau sahabatku
bahawa aku , x dpt ke ma'ahad itu
ye ! air mata cuba mengalir tapi , aku tahan !
aku kuatkan hati ! agar kekuatan ini sampai kepada dia
Aku tahu dia juga lemah disaat dgr berita ini
Banyak dugaan yang ALLAH kirimkan .
Tanda kasih dan sayangNya !
Kuat kawan !

dia membalas , air mata dia juga sdg mengalir
punah segalanya .
ye ! mungkin ini yang terbaik untuk aku dan dia
disaat aku menaip , tanganku menggigil
Namun , aku harus kuat !
Untuk menenangkan perasaan aku dan
az terutamanya !
Aku harap ukhuwah ini tidak terhenti disini .
Kuatkan hati Az ! Tabahkan hati !
Ingat ! Semuanya dari ALLAH !
mohon , pinta dan rayu lah padaNya
DIA Maha Mengetahui .
Mungkin ada yang lebih baik ?
Kuat ! ALLAH ada dengan kita .
aku terus menyeka airmata .
yang tidak henti mengalir di pipi
Orang mukmin itu pasti akan
terhibur walau apa pun takdir ALLAH menyapa dirinya .
Diberi nikmat dia bersyukur
Diberi ujian , dia tidak resah
pantas hati mencari sabar !
Dan biarlah segalanya dalam pengetahuan Allah
Biarlah ALLAh yang menentukan segalanya
mengukir senyuman dalam resah
mencari tenang dalam gelisah
segalanya dengan izin ALLAH S.W.T
Sabarlah dalam bersabar !
Tuliskan RANCANGANMU dengan PENSEL
kemudian serahkan PEMADAMNYA kepada ALLAH.
Biarkan ALLAH memadam bahagian
yang BUKAN ditakdirkan untukmu
dan MENGGANTIKANNYA dengan
rancangan yang lebih BAIK !
Kerana DIA lebih mengetahui apa yg terbaik untuk hambaNya
Allahumma Amiin ! InsyaALLAH :)
Aku redha !
Aqillah ! Ingat !
Keredhaan ALLAH terletak pada
keredhaan KEDUA IBUBAPA !
Ingat itu sentiasa duhai hati :)

Mak Abah , qilla sayang mak abah !
sayang sangat !
Dear Az , qilla berdoa agar ukhuwah ini
tidak terhenti disini .
Ana uhibbuki fillah !
qilla sayang az kerana ALLAH !
andai kita tidak dipertemukan di dunia ,
semoga kita dipertemukan di akhirat kelak .
Allahumma Amiin ! InsyaALLAH !

:)
Senyuman yang terukir meski hati dilanda sedih !
ALLAH kan ada :)
Assalamualaikum cicinta :)



ALLAH Maha Mengetahui
