:: TARIAN JEJARI ZAHRAH :: tarian jejari zahrah

Followers

S.T.R.I.V.E

Assalamualaikum w.b.t :)

sewaktu matahari kian menghilang
dari pandangan tanda malam akan menjelma .
seusai solat isyak , aku capai stocking
dan tudung , berlari ke halaman rumah .
Melihat keindahanNya .
" Subhanallah "
Hati tenang , lupakan sebentar segala masalah .

Hati ku mula bermonolog ...
" Ya ALLAH , di saat ini , aku lemah . Bantulah
aku mengharungi kehidupan di dunia yang penuh
dengan cabaran . Lindungi aku daripada nafsu yang
menguasai diri . Sungguh , dunia ini penuh dengan
permainan . Kuatkan aku .

Terkadang aku tersedar ,
adakah aku tergolong dalam golongan yang dijanjikan
syurga ? Tenung kesalahan lalu . Layakkah aku ?
Allahu Allah . Tabahkan hati . Tingkatkan amalan .
Jaga Pergaulan . Jaga pakaian . Jaga hati .
Teruskan melangkah . Dunia ini hanya sementara .
Melangkah dengan penuh tawadu' untuk meraih redhaNya .

Teruskan perjalanan mu .
" berjalan tanpa henti "
Tawakal . Ya Allah , kuatkan aku untuk terus
bisikkan kalimah"Lillah" pada hati .
 Kerana , adanya aku di muka bumi
ini juga hanyalah kerana Mu . Peganglah hati ini
seerat-eratnya . Sungguh , iman ini masih lemah .
Aku akui , hati ini juga senang tergelincir .



Berilah aku ujian . Ujian yang sentiasa menyedarkan
aku , bahawa aku hanyalah hambaMu yang sering
melakukan kekhilafan . Ujian yang dapat meningkatkan
keimanan ku kepada Mu . kerana aku yakin , disebalik ujian Mu
itu , ada pelangi :) Ujian tanda kasih dan sayangnya Kau .
Aku juga yakin , Kau akan setia ada disisi untuk
menghulurkan bantuan .
Bantulah kami dalam menjalani kehidupan ini .



Mujahadah :') Kuat lah dikau duhai hati :)
Sedarlah .
Hidup ini singkat dan mati itu sangat dekat :) "









Like Kalau Suka Entri Ini

cermin mata

 
 
 
Assalamualaikum w.b.t ahli - ahli syurga (:
 
Semenjak dua menjak , kepala ku sering pening . Apabila ada tayangan
di musolla , aku hanya dapat lihat gambar sahaja , tulisan mulai kabur .
 Aku paksa mata ini . Ya , itulah salah aku , sehinggakan kepala aku
start rasa pening . stop . pandang bawah . risau .

Setibanya di shopping complex , terdetik nak check mata .

" Abg , anak abg pernah pakai cermin mata tak sebelum ni ? "
 soalan diajukan kpd abah ku .
"tak " abah jawab dgn relax
" Silau dgn rabun jauh anak abg tinggi ni "

satu family terkejut . Even , power aku bawah 100 tapi ,
hampir berpuluh kali aku check mata , Alhamdulillah jawapan sentiasa
positif .

" Mata adik tak ada apa-2 masalah "

But , now ?
Aku dah gagal untuk jaga anugerah ALLAH yang satu ini .
Anugerah yang hanya dikurniakan sekali seumur hidup .
Maafkan aku , Ya ALLAH .

Aku menyeru kepada diri aku terutamanya dan kawan-2 di luar sana ,
jagalah anugerah-2 ALLAH sebaik-baiknya .
itulah nikmat-nikmat yang telah ALLAH kurniakan kepada kita .

Syukur , Alhamdulillah .

oh ya :)
Salam Isra' Mikraj 27 Rejab 1434H
Moga solat akan tetap ditegakkan kerana solat itu tiang agama ~
Allahumma Aamiin , InsyaALLAH !

Assalamualaikum w.b.t



Like Kalau Suka Entri Ini

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen